Skip to main
Logo Malaysiakini

BMW masuk jalan sehala, didakwa cuba rempuh anggota Rela

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) membuat laporan polis ke atas seorang pemandu kereta jenis BMW yang didakwa cuba melanggarnya di hadapan sebuah sekolah.

Berdasarkan laporan, pengadu S Janagan berkata, kejadian itu berlaku ketika dia yang menjalankan tugas sebagai warden lalulintas sedang mengawasi trafik di Jalan Anggerik Doritis 31/143 berdekatan SMK Kota Kemuning di Shah Alam, sekitar jam 5.20 petang semalam.

Menurutnya, pengetua sekolah dan Majlis Persatuan Penduduk (MPP) menjadikan laluan itu jalan sehala pada waktu kemuncak bagi menjamin keselamatan pelajar.

“Tiba-tiba sebuah kereta jenis BMW warna gelap telah memasuki laluan bertentangan dan saya telah menghalang kereta tersebut daripada memasuki laluan jalan sehala (itu) tetapi pemandu kenderaan telah melanggar saya beberapa kali.

“Saya arahkan pemandu itu berpatah balik tapi dia masih berdegil,” katanya.

Menerusi laporan polis yang difailkan di Shah Alam pagi ini, Janagan berkata, pemandu kereta berkenaan telah menghalang pegawai awam untuk menjalankan tugas.

Kejadian itu turut dirakamkan dan memaparkan seorang lelaki beruniform Rela, berdiri di hadapan sebuah kereta.

Kereta itu kemudian mengundur perlahan-lahan sebelum bergerak ke hadapan semula sehingga memaksa warden itu beralih ke tepi