Polis tahan wanita didakwa hina, ugut petugas sekatan jalan raya di FB
Polis menahan seorang wanita berusia 36 tahun berhubung beberapa hantaran Facebook yang menggunakan "perkataan kesat dan berunsur ugutan" terhadap petugas sekatan jalan raya.
Ketua polis daerah Putrajaya Mohd Fadzil Ali berkata, tangkapan dibuat pada pukul sembilan malam tadi selepas satu laporan polis dibuat kepada beberapa hantaran tular daripada akaun Facebook "Diana Mat" pada hari sama.
"Perkataan tersebut antara lainnya adalah 'aku pusing balik rempuh korang', 'penguatkuasa sama macam hanjing', 'kau dengan penjenayah sama je', “anjinglah kau', 'bangsat punya Polis Putrajaya' dan 'gampang, kau ingat aku takut'.
"Wanita tersebut kini ditahan dan akan dibawa ke hadapan Majistret Putrajaya bagi mendapatkan perintah tahanan reman di bawah seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi meneruskan siasatan," katanya dalam kenyataan.
Telefon wanita itu yang dipercayai digunakan untuk membuat hantaran tersebut turut dirampas, katanya lagi.
Fadzil berkata, kes itu disiasat mengikut seksyen 507 Kanun Keseksaan (menakutkan secara jenayah), seksyen 504 Kanun Keseksaan (mengaibkan dengan niat hendak
mendatangkan bangkitan marah) dan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (menggunakan perkhidmatan rangkaian dan komunikasi secara tidak wajar).
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai