Skip to main
Logo Malaysiakini

PKPD di tiga kampung Mukim Bunut Susu, Pasir Mas

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kampung Paya Ular, Kampung Tualang dan Kampung Bechah Palas di Mukim Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa 9 Mei hingga 22 Mei.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata PKPD dilaksana di tiga perkampungan itu ekoran berlaku peningkatan kes secara mendadak dan kadar positif Covid-19 yang tinggi.

Beliau berkata sehingga kini, ketiga-tiga lokaliti merekodkan 120 kes positif iaitu 42 di Kampung Paya Ular, 26 di Kampung Tualang dan 52 di Kampung Bechah Palas.

"Setelah membuat penilaian risiko bersama dengan pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM), kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di perkampungan itu.

"Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan pengesanan awal kes serta mencegah penularan jangkitan ke kampung berhampiran," menurutnya dalam kenyataan mengenai PKP hari ini.

- Bernama


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.