Skip to main
Logo Malaysiakini

4,519 kes baru, 25 lagi kematian

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Jangkitan harian kes Covid-19 terus melonjak dengan 4,514 kes baru dilaporkan hari ini, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, sebanyak 25 lagi korban direkod menjadikan jumlah keseluruhan kematian 1,657 orang.

"Kes kematian pada hari ini yang melibatkan masing-masing lima kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Sarawak, masing-masing empat kes di Selangor dan Johor, masing-masing dua kes di Kelantan dan Kedah, serta masing-masing satu kes di Sabah, Perak dan Pulau Pinang," katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata seramai 393 pesakit sedang dirawat di ICU dengan 210 kes memerlukan bantuan pernafasan, maklumnya lagi.

Selangor merekodkan 1,722 kes, manakala Kuala lumpur 557 kes.

Sarawak pula melonjak kesnya (479) dan Kelantan (373).

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula, jelasnya sebanyak 36,564 kes.

Selanjutnya, Dr Noor Hisham berkata 16 kluster lagi dikenal pasti hari ini.

Jelasnya, ia melibatkan lapan kluster tempat kerja, enam kluster komuniti, serta masing-masing satu kluster keagamaan dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).

Kluster berkaitan tempat kerja ialah Kluster Kampung Kebun Sayur dan Jalan Desaru di Johor; Jalan Lima Puluh Satu dan Jalan Padang Golf di Selangor; Jalan Stadium 2 di Selangor dan Kuala Lumpur; Pasar Borong KL 3 di Kuala Lumpur; Jalan Era di Negeri Sembilan dan Jalan Limbungan Jaya di Melaka.

“Kluster komuniti pula melibatkan Kluster Bechah Palas dan Lorong Kubor di Kelantan; Jelalong di Sarawak; Dah Putih di Kedah; Rantau Siantan di Pahang; dan Keramat di Sabah; manakala kluster keagamaan ialah Kluster Jalan Mawar 20 di Johor serta kluster institusi pendidikan KPM melibatkan Jalan Batu Maung di Pulau Pinang,” katanya.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.