Skip to main
Logo Malaysiakini

Isu 'Pandelela belum sesuai dapat Datuk': Menteri Sarawak dapat ugutan

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah mengakui, terdapat banyak individu serta netizen yang marah dengan kenyataanya mengenai ratu terjun negara Pandelela Rinong baru-baru ini.

Malah katanya, terdapat juga individu yang mahu membakar rumahnya menerusi satu komen di Facebook.

Namun Abdul Karim berkata, beliau tidak bercadang membuat sebarang laporan polis setakat ini, kerana menerima perkara tersebut sebagai kebebasan bersuara di media sosial.

Abdul Karim pada 7 Mei lalu dilaporkan sebagai berkata, pemberian gelaran ‘Datuk’ buat Pandelela yang meraih pingat emas di kejohanan terjun Piala Dunia FINA 2021 baru-baru ini belum sesuai, kerana penerjun negara itu masih muda.

“Sudah semestinya banyak anugerah boleh diberikan, tidak bermakna setiap kali menjadi juara di acara antarabangsa mesti beri anugerah gelaran Datuk, tidak semestinya begitu.

“Jadi sebab itu saya nyatakan, ada anugerah akan diberikan (kepada atlet berjaya),” katanya ketika ditemui pemberita di Sibu, hari ini.

Abdul Karim berkata, kerajaan negeri Sarawak sememangnya tidak pernah mengabaikan atlet negeri itu yang meraih kejayaan di kejohanan sukan besar, lebih-lebih lagi di peringkat antarabangsa.

- Bernama