Katil ICU pesakit Covid-19 di Pulau Pinang penuh
Penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) di Pulau Pinang mencapai 100 peratus, berikutan peningkatan kes COVID-19 di negeri ini.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata setakat semalam, kadar penggunaan fasiliti perubatan secara keseluruhannya juga melebihi 70 peratus bagi katil COVID-19 bukan ICU, seperti mana yang dikongsikan Kementerian Kesihatan (KKM).
Beliau berkata sepanjang minggu ke-18 iaitu antara 2 Mei hingga 8 Mei lalu, sejumlah 1,682 kes positif COVID-19 dilaporkan di negeri ini.
“Keadaan ini membimbangkan dan kita tidak mahu situasi sebagaimana di India berlaku di negara kita,” katanya dalam kenyataan di George Town hari ini.
Chow berkata, beliau dimaklumkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) bahawa jumlah kes aktif di negeri ini mencecah lebih 1,000 kes, dan ia memerlukan pemantauan serta pengurusan aktif daripada pihak hospital dan pejabat kesihatan daerah.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai