Terus melonjak - 4,855 kes baru
Sebanyak 4,855 jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan kes keseluruhan sebanyak 458,077 kes, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Kes hari ini tertinggi sejak 31 Jan yang merekodkan 5,298 kes.
Sebanyak 27 lagi kematian direkod melibatkan warga negara menjadikan kes keseluruhan sebanyak 1,788 korban.
Sementara itu 481 kes sedang dirawat ICU dengan 247 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.
Sejak seminggu ini, jangkitan melebihi 4,000 kes sehari, manakala kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini 41,582 kes.
Lembah Klang terus mendahulu kes harian tertinggi, dengan Selangor 1,783 kes dan Kuala Lumpur 521 kes.
Johor (467), Kelantan (339), Sarawak (395) dan Pulau Pinang (395) juga terus merekodkan peningkatan.
Sementara itu, Perak pula merekodkan lonjakan kes hampir sekali ganda hari ini dengan 302 kes berbanding semalam 172 kes.
Lapan kluster baru dikesan hari ini dengan lima membabitkan penularan di tempat kerja, dua kluster melibatkan komuniti dan satu berkaitan keagamaan.
Kluster baru tempat kerja yang direkodkan ialah Jalan Keretapi Lama (Selangor), Lima Jalan Kebun (Selangor), Jalan Tropika Industri (Johor), Jalan Suasa Industri (Johor) dan Jalan Chain Ferry (Pulau Pinang).
Sementara itu, dua kluster komuniti adalah di Sarawak iaitu Jalan Lilin dan Kongsi Lapan selain kluster keagamaan iaitu Tanjung Rimau (Melaka).
Jumlah keseluruhan kluster kini 1,848 dengan 457 kluster aktif manakala jumlah kluster yang ditamatkan ialah 1,391.
Status ringkas:
- Kes sembuh: 3,347 kes (414,707 kes kumulatif, 90.5%);
- Kes baharu: 4,855 kes (458,077 kes kumulatif);
- Kes import: 3 kes (3 bukan warganegara);
- Kes tempatan: 4,852 kes [4,494 warganegara (92.6%); 358 bukan warganegara (7.4%)];
- Kes aktif: 41,582 kes;
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 481 kes;
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 247 kes;
- Kes kematian: 27 kes (1,788 kes kumulatif, 0.39%; 27 warganegara);
- Jumlah kluster: 1,848 kluster;
- Jumlah kluster baharu: 8 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat:1,391 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif: 457 kluster.
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
- Selangor - 1,783 (149,612)
- WP KL - 521 (48,762)
- Johor - 467 (49,427)
- Sarawak - 395 (37,121)
- Pulau Pinang - 395 (22,987)
- Kelantan - 339 (18,387)
- Perak - 302 (16,337)
- Kedah - 193 (12,015)
- Negeri Sembilan - 100 (20,248)
- Sabah - 76 (59,149)
- Melaka - 67 (8,345)
- Pahang - 56 (6,070)
- Terengganu - 148 (5,242)
- WP Labuan - 4 (2,501)
- WP Putrajaya - 9 (1,492)
- Perlis - 0 (382)
Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai