Skip to main
Logo Malaysiakini

4,113 jangkitan baru: 482 pesakit di ICU

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Sebanyak 4,113 jangkitan baru Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 462,190 kes, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Jelasnya, sebanyak 34 lagi kematian direkod melibatkan warga negara, menjadikan jumlah korban terkumpul 1,822 orang.

Dalam pada itu, kata Dr Noor Hisham 482 pesakit sedang dirawat di UCU dengan 250 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Selangor terus mendahului kes harian tertinggi dengan 1,269 kes, manakala kes terus naik di Sarawak (533) dan Kelantan (371).

Noor Hisham berkata sebanyak 13 kluster baru Covid-19 dilaporkan hari ini termasuk empat kluster di tempat kerja.

Kluster di tempat kerja melibatkan Kluster Perindustrian Balakong di Selangor; Kluster Tanjung Dungun (Terengganu); Kluster Menara Jalan Putra (Pahang) dan Kluster Persiaran Utara (Johor).

Beliau berkata kluster komuniti pula membabitkan Kluster Bukit Pauh (Terengganu, Pahang, dan Selangor); Kluster Sungai Lebai (Pahang); Kluster Sungai Rayah Komuniti (Sarawak) dan Kluster Jalan Mawar Pasak di Johor).

“Kluster Dah Mahsuri di Kedah dan Kluster Kampung Batu Muda di Kuala Lumpur adalah kluster keagamaan.

“Kluster Jalan Tegas di Selangor adalah kluster pendidikan tinggi, manakala Kluster Lebuh Lembah Permai (kluster institusi pendidikan swasta berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan) dan Kluster Lebuh Katz (kluster kumpulan berisiko tinggi) masing-masing di Pulau Pinang,” katanya.

Jumlah kluster Covid-19 di negara ini sebanyak 1,861 dengan 461 kluster masih aktif dan 1,400 kluster telah diisytiharkan tamat

Status ringkas:

  • Jumlah kes sembuh: 4,190
  • Jumlah kumulatif: 418,897 (90.6%)
  • Jumlah kes baru: 4,113
  • Jumlah kumulatif: 462,190
  • Jumlah kes aktif: 41,471
  • Kes local: 4,112 (3,791WN, 321BWN)
  • Kes import: 1 BWN
  • Jumlah kematian: 34 WN
  • Jumlah kumulatif:1,822 (0.39%)
  • Jumlah kes di ICU: 482
  • Pesakit Intubated: 250

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

  • Selangor - 1,269 (150,881)
  • Sarawak - 533 (37,654)
  • Kelantan - 371 (18,758)
  • Johor - 335 (49,762)
  • WP KL - 306 (49,068)
  • Pulau Pinang - 266 (23,253)
  • Kedah - 228 (12,243)
  • Pahang - 178 (6,248)
  • Terengganu - 165 (5,407)
  • Perak - 147 (16,484)
  • Melaka - 107 (8,452)
  • Sabah - 53 (59,202)
  • WP Putrajaya - 20 (1,512)
  • WP Labuan - 6 (2,507)
  • Perlis - 5 (387)


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.