Skip to main
Logo Malaysiakini

4,140 jangkitan: Rekod baru, 44 lagi maut

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan 4,140 kes Covid-19 baru.

Sebanyak 44 lagi kematian dicatat, angka korban harian tertinggi yang direkod setakat ini, dengan 43 melibatkan warga negara dan seorang bukan rakyat Malaysia.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 1,866 orang.

Seramai 482 pesakit sedang dirawat di ICU dengan 250 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Selangor menyumbang jangkitan baru tertinggi iaitu sebanyak 1,507, diikuti Johor (433), Kuala Lumpur (398) dan Pulau Pinang (338).

Perkembangan itu dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah di Twitter.

Dr Noor Hisham pada kenyataannya kemudian berkata sebanyak 15 kluster baru dilaporkan hari ini membabitkan lapan kluster di tempat kerja, keagamaan (empat), pendidikan (dua) dan kumpulan berisiko tinggi (satu).

Kluster di tempat kerja ialah Kluster Lebuh Sultan dan Sungai Pinang Tujuh di Selangor, Tapak Bina Persiaran Stonor (Kuala Lumpur), Jalan Kilang Midah (Kuala Lumpur dan Selangor), Jalan Tey Mia Jen, Jalan Perindustrian Tiga serta Jalan Bertingkat Skudai (Johor) dan Perusahaan Maju Lapan (Pulau Pinang).

Katanya, kluster keagamaan pula ialah Kluster Jalan Keramat Wangsa di Kuala Lumpur, Jalan Telipot (Kelantan), Persiaran Lavender (Negeri Sembilan) dan Kemunting (Pahang).

"Kluster pendidikan melibatkan Kluster Jalan Alsagoff (Johor) dan Impian Indah (Selangor) manakala kluster kumpulan berisiko tinggi pula melibatkan Kluster Jalan Sultan Azlan Shah di Pulau Pinang," menurutnya dalam kenyataan mengenai situasi semasa penularan Covid-19 hari ini.

Sebanyak 10 kluster turut ditamatkan hari ini menjadikan jumlah kluster yang ditamatkan ialah 1,410 manakala kluster aktif sebanyak 466, jelasnya

Status ringkas:

  • Jumlah kes sembuh: 3,432
  • Jumlah kumulatif: 422,329 (90.6%)
  • Jumlah kes baru: 4,140
  • Jumlah kumulatif: 466,330
  • Jumlah kes aktif: 42,135
  • Kes local: 4,131 (3,728WN, 403BWN)
  • Kes import:9 WN
  • Jumlah kematian: 44 (43WN, 1BWN)
  • Jumlah kumulatif: 1,866(0.40%)
  • Jumlah kes di ICU:482
  • Pesakit Intubated:250

Kes berdasarkan negeri:

  • Selangor (1,507)
  • Johor (433)
  • Kuala Lumpur (398)
  • Pulau Pinang (338)
  • Sarawak (324)
  • Kedah (239)
  • Negeri Sembilan (190)
  • Perak (182)
  • Terengganu (119)
  • Pahang (116)
  • Kelantan (109)
  • Melaka (97)
  • Sabah (60)
  • Putrajaya (23)
  • Labuan (3)
  • Perlis (2)


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.