Skip to main
Logo Malaysiakini

Bangunan pejabat Al Jazeera, AP di Gaza runtuh dibedil Israel

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

GLOBAL | Blok menara di Gaza setinggi 12 tingkat yang menempatkan pejabat Associated Press yang berpangkalan di AS dan penyiaran berpangkalan di Qatar, Al Jazeera runtuh pada hari Sabtu.

Ini selepas serangan peluru berpandu Israel, kata seorang saksi Reuters.

Terdahulu, pemilik bangunan itu telah diberi amaran mengenai serangan peluru berpandu Israel, kata seorang wartawan Reuters dan bangunan itu telah dievakuasi.

Tentera Israel tidak segera memberikan maklum balas mengenai kejadian itu.

Bangunan ini juga mengandungi sejumlah pangsapuri dan pejabat lain.

- Reuters