Skip to main
Logo Malaysiakini

Ancaman Israel: KDN pandang serius, agensi keselamatan tingkat kawalan

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius ancaman keselamatan yang dikeluarkan Israel terhadap pemimpin-pemimpin pergerakan perjuangan Palestin di seluruh dunia termasuk di Malaysia.

Menterinya Hamzah Zainudin berkata sehubungan itu, pasukan Polis Diraja Malaysia bersama agensi-agensi keselamatan lain bertindak meningkatkan semua aspek kawalan keselamatan bagi memelihara ketenteraman awam dan keselamatan rakyat Malaysia termasuk warga Palestin yang berada di dalam negara ini.

Dia berkata dalam masa sama, KDN mengambil maklum kewujudan organisasi yang mendukung dan menyokong aspirasi perjuangan rakyat Palestin di negara ini.

“Justeru, saya menyeru orang ramai untuk bertenang kerana keadaan keselamatan dalam negara adalah terkawal dan kekal berada di tahap yang baik.

Kerajaan Malaysia sekali lagi menegaskan pendiriannya untuk terus menyokong aspirasi dan perjuangan rakyat Palestin," katanya dalam kenyataan hari ini.

-Bernama