NGO hak asasi global selar gangguan pada wartawan, aktivis di M’sia
NGO hak asasi manusia antarabangsa Human Rights Watch (HRW) mendakwa pihak berkuasa Malaysia mengganggu wartawan, pemimpin perhimpunan aman dan pengkritik kerajaan melalui siasatan-siasatan mereka.
HRW justeru berkata kebebasan bersuara sedang terancam di negara ini.
“Dalam demokrasi yang menghormati hak-hak ini, kerajaan tidak akan melihat kewartawanan sebagai satu jenayah dan menerima kritikan serta sindiran sebagai sebahagian daripada kebebasan bersuara,” kata penasihat Asia HRW Linda Lakhdhir.
HRW yang ditubuhkan di New York pada 1978 membangkitkan isu siasatan polis terhadap wartawan Malaysiakini susulan laporan berkaitan kes kematian penjual susu lembu A Ganapathy ketika dalam tahanan polis.
Lakhdhir berkata memang menjadi tugas wartawan untuk menyiasat dakwaan salah laku dalam kerajaan.
“Daripada menyiasat wartawan, pihak berkuasa patut menjalankan siasatan berwibawa terhadap dakwaan salah laku polis,” katanya lagi.
HRW juga membangkit siasatan terhadap pereka grafik Fahmi Reza, kartunis Zunar dan peserta himpunan 30 April di ibu kota yang menuntut pembukaan semula parlimen.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai