Skip to main
Logo Malaysiakini

2 juta dos vaksin sudah disuntik di Malaysia

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Malaysia telah mengagihkan 2.07 juta dos vaksin Covid-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses ke Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Sekurang-kurangnya 1.28 juta penduduk telah menerima satu dos.

793,000 lagi telah selesai menerima dua dos vaksin mereka.

Jumlah orang yang mendaftar untuk vaksinasi telah mencapai 10.3 juta atau 42.4 peratus daripada 24.3 juta sasaran.

Purata jumlah orang yang mendaftar untuk vaksinasi setiap hari adalah 33,272 sejak 8 Mei.

Sekiranya kadar ini berterusan, diperlukan 420 hari, mulai hari ini, untuk mendaftarkan jumlah penerima vaksin yang disasarkan.

Sudah 85 hari sejak program vaksinasi Covid-19 Malaysia dimulakan.

Malaysia kini dalam Fasa 1 dan 2 program vaksinasi, yang melibatkan barisan depan dan golongan sasaran.

Fasa 3, yang disasarkan untuk semua orang lain, dijadualkan bermula bulan ini tetapi telah ditunda ke bulan depan.

Namun, mereka yang tidak memenuhi syarat untuk Tahap 1 dan 2 boleh memohon untuk menyertai inisiatif vaksin AstraZeneca secara sukarela, walaupun keutamaan akan tetap diberikan kepada warga emas.