Hamas, Israel setuju gencatan senjata
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan
Perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas dipersetujui pada 2 pagi Jumaat (2300GMT Khamis) dengan Mesir bertindak sebagai perantara.
Kabinet Keselamatan Israel meluluskan syor untuk menamatkan serangan di Semenanjung Gaza yang dikepung sejak 10 Mei dan bersetuju dengan gencatan senjata, lapor Agensi Anadolu memetik laporan media.
Jurucakap Hamas Sami Abu Zuhri juga mengesahkan perkara itu.
Pesawat perang Israel masih melancarkan serangan di Semenanjung Gaza sejam sebelum gencatan senjata.
Sejumlah 232 penduduk Palestin, termasuk 65 kanak-kanak dan 39 wanita, terbunuh dalam serangan Israel di Gaza sejak 10 Mei.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai