Skip to main
Logo Malaysiakini

Guru Besar direman lima hari bantu siasatan salah guna zakat

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Seorang guru besar sekolah kebangsaan direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan menggunakan kedudukan untuk kepentingan sendiri membabitkan salah guna wang sumbangan zakat, dua tahun lepas.

Majistret Nur Faizah Abdul Sani mengeluarkan perintah ke atas lelaki berumur 54 tahun itu selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret, di Shah Alam.

Sumber SPRM memberitahu pada 2019 penjawat awam berkenaan telah menggunakan kedudukannya dengan mempengaruhi pengerusi dan bendahari Badan Kebajikan Guru-Pekerja (BKGP) sebuah sekolah bagi mengeluarkan wang sumbangan zakat berjumlah RM75,000 untuk bantuan anak-anak asnaf.

Bagaimanapun menurut sumber, wang sumbangan zakat terbabit telah digunakan bagi kegunaan diri guru besar itu sendiri, dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009.

- Bernama