6,320 kes, 50 kematian
Kementerian Kesihatan melaporkan 6,320 kes baru Covid-19 hari ini dan 50 kematian.
Ini adalah hari keempat berturut-turut bahawa kes baru melebihi 6,000.
Seramai 652 pesakit sedang dirawat di ICU manakala 370 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Sementara itu, negeri-negeri lain kecuali Perlis (18 kes) masih merekodkan kes baru tiga angka ke atas.
Lembah Klang masih mendahului kes harian tertinggi, dengan Selangor merekodkan 1,647 kes dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 654 kes.
Sementara itu jangkitan melonjak di Sarawak (749 kes) dan Kelantan (613 kes) manakala negeri-negeri lain kecuali Perlis (18 kes) merekodkan kes baru tiga angka ke atas.
Dua Wilayah Persekutuan juga mencatatkan kes bawah tiga angka, iaitu Labuan (36 kes) dan Putrajaya (18 kes).
Status ringkas:
- Kes sembuh= 4,694
- Jumlah kes sembuh= 449,234
- Kes baharu positif= 6,320 (6,317 tempatan, 3 import)
- Jumlah positif= 505,115
- Kes kematian= 50
- Jumlah kes kematian= 2,199
- Kes dirawat di ICU= 652
- Bantuan Alat Pernafasan= 370
Kes mengikut negeri:
- Selangor: 1,647 kes
- Sarawak: 749 kes
- KL: 654 kes
- Kelantan: 613 kes
- Johor: 477 kes
- Negeri Sembilan: 396 kes
- Pulau Pinang: 359 kes
- Kedah: 301 kes
- Perak: 276 kes
- Pahang: 227 kes
- Sabah: 189 kes
- Melaka: 175 kes
- Terengganu: 185 kes
- WP Labuan: 36 kes
- WP Putrajaya: 18 kes
- Perlis: 18 kes
Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai