Bank makanan mini di Alor Setar untuk penduduk terputus bekalan makanan
Penduduk dari 28 mukim di daerah Kota Setar yang terputus bekalan makanan susulan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD), boleh mendapatkan keperluan asas secara percuma di 'Mini Food Bank Alor Setar' yang terletak di Tandop, Alor Setar.
Pengerusinya Amirul Syahir Musa berkata kemungkinan ada penduduk yang terputus bekalan kerana pada masa ini kerana khidmat penghantaran barangan dari rumah ke rumah dihentikan buat sementara waktu atas faktor keselamatan.
"Kami akan menambah stok bekalan makanan secukupnya bagi memastikan anda semua kekal mendapat makanan dalam tempoh PKPD ini," katanya kepada Bernama hari ini.
Katanya hanya seorang wakil keluarga dibenarkan untuk mengambil bekalan dan perlu membuat permohonan serta janji temu terlebih dahulu dengan menghubungi talian 011-36613036 bagi mengelakkan orang ramai berkumpul.
Dia berkata selain menggunakan sumber kewangan peribadi, dana untuk membeli stok makanan itu juga turut disumbangkan oleh syarikat korporat dan orang ramai.
"Jika ada mana-mana pihak ingin menyumbang untuk mini food bank itu boleh hubungi saya di talian 016-3353677.
Pada Isnin lepas, Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob mengumumkan PKPD dilaksanakan di 28 mukim itu mulai 19 Mei hingga 1 Jun depan.
-Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai