Skip to main
Logo Malaysiakini

6,509 lagi positif, 61 meninggal dunia

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Malaysia terus mencatatkan peningkatan kes baru Covid-19 pada kadar melebihi 6,000, dengan yang terbaru setakat tengah hari tadi 6,509 lagi jangkitan yang dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan di Twitter bahawa Selangor mencatat jangkitan baru tertinggi dengan 2,049 kes.

Ini diikuti Sarawak (530), dan Johor serta Kuala Lumpur yang kedua-duanya mencatat 468 kes.

Seramai 61 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia hari ini. Ia adalah angka kematian tertinggi setakat ini.

Jumlah pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) juga mencecah bilangan tertinggi hari ini.

Maklumat utama wabak Covid-19 hari ini:

  • Pesakit sembuh: 3,452
  • Kes baru: 6,509 (6,489 kes tempatan, 20 kes import)
  • Kes aktif: 60,018
  • Pesakit dalam ICU: 711
  • Pesakit perlukan bantuan pernafasan: 369
  • Kematian: 61 (jumlah setakat ini - 2,309)

Kebanyakan pesakit yang meninggal dunia adalah warga emas yang mengalami komorbiditi.

Semua korban berusia 40 tahun ke atas, kecuali seorang lelaki berusia 34 tahun yang meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaa'far Seremban. Dia juga tidak mengalami apa-apa penyakit lain.

Bagi maklumat terperinci berkenaan kematian berkaitan Covid-19, boleh layari laman penjejak Malaysiakini di sini.

Kes berdasarkan negeri:
Selangor : 2,049 kes
Sarawak : 530 kes
Johor : 468 kes
Kuala Lumpur : 468 kes
Kelantan : 451 kes
Pulau Pinang : 384 kes
Kedah : 348 kes
Melaka : 329 kes
Negeri Sembilan : 329 kes
Terengganu : 263 kes
Pahang : 257 kes
Perak : 231 kes
Sabah : 184 kes
WP Labuan : 171 kes
WP Putrajaya : 40 kes
Perlis : 7 kes

20 kluster baru

KKM turut memaklumkan terdapat 20 lagi kluster baru yang dikenal pasti hari ini, menjadikan jumlah kluster aktif setakat ini sebanyak 570 kluster.

Sebanyak lapan kluster baru adalah dalam kategori tempat kerja, diikuti dengan komuniti (6), keagamaan (3) dan masing-masing satu kluster kategori institusi pendidikan Kementerian Pendidikan, kumpulan berisiko tinggi dan import.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.