Mesyuarat Komanwel: PM tegaskan kejayaan sukuk kelestarian berdaulat
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menekankan kejayaan negara menetapkan harga Sukuk Kelestarian yang berdaulat pertama di dunia menggunakan matawang dolar AS.
Jelasnya pada Perbincangan Meja Bulat Pemimpin Komanwel Rantau Asia semalam, hasil terbitan sijil kewangan Islam itu akan membiayai projek-hijau hijau negara.
Menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri, sidang Komanwel berkenaan dipengerusikan Putera Charles, Putera Diraja Wales.
"Perdana menteri turut membincangkan usaha yang telah dilaksanakan di dalam menjana ekonomi kitaran (Circular Economy) di dalam rancangan pembangunan Malaysia sebagai salah satu pendekatan untuk mendorong perubahan sistemik ke arah penjanaan peluang pekerjaan dan perniagaan hijau yang lebih berdaya tahan.
"Perdana menteri juga menekankan kejayaan Malaysia dalam menetapkan harga Sukuk Kelestarian berdaulat yang pertama di dunia dalam matawang dolar AS , di mana hasil dari penerbitan sijil kewangan Islam ini akan membiayai projek-hijau hijau yang sejajar dengan Agenda Pembangunan Lestari 2030," kata JPM.
Untuk rekod, Agenda Pembangunan Lestari 2030, dimeterai dan diguna pakai kesemua negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sejak 2015, menyediakan satu rangka tindakan bersama demi kemaslahatan manusia dan alam sekitar.
Terdapat 17 matlamat agenda PBB ini, merangkumi sasaran membasmi kemiskinan, meningkatkan mutu kesihatan dan menangani perubahan iklim.
Agenda ini juga menekankan pembangunan negara perlu seimbang dengan kelestarian alam sekitar, dengan cara memikirkan kepentingan perubahan iklim, degradasi alam sekitar, pencemaran dan penggunaan sumber alam yang mampan.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai