Skip to main
Logo Malaysiakini

Jangkitan Covid-19 pada kanak-kanak, bayi membimbangkan

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kes jangkitan virus Covid-19 dalam kalangan bayi dan kanak-kanak kini amat membimbangkan dan menjadi antara golongan yang berisiko selepas warga emas.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu perlu menjadi peringatan kepada semua agar terus bertanggungjawab melindungi golongan berkenaan daripada dijangkiti.

“Data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan sehingga hari ini seramai 48,261 kanak-kanak dan bayi dijangkiti Covid-19 dengan 6,290 merupakan bayi berumur 18 bulan ke bawah.

“Justeru ibu bapa perlulah mengawasi anak-anak seperti mengelakkan mereka bermain di luar rumah, memakai pelitup muka serta kerap menggunakan cecair pembasmi kuman,” katanya dalam kenyataan harian berkenaan perkembangan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) hari ini.

Ismail Sabri berkata orang dewasa bertanggungjawab melindungi kanak-kanak dan bayi daripada dijangkiti virus itu.

Menurutnya selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, orang dewasa juga perlu melakukan ‘self lockdown’ atau sekatan pergerakan kendiri bagi mengelak diri, anak-anak dan keluarga tersayang terkena jangkitan.

- Bernama