7,478 kes baru, rekod tertinggi di Kedah, P Pinang
Kementerian Kesihatan memaklumkan terdapat 7,478 kes baru Covid-19 yang dilaporkan hari ini.
Pulau Pinang dan Kedah juga mencatat bilangan kes baru tertinggi sejak penularan wabak itu.
Kes aktif, jumlah pesakit yang memerlukan rawatan intensif dan jumlah pesakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan juga mencatat jumlah tertinggi.
Kes aktif: 66,208
Pesakit di ICU: 756
Memerlukan alat bantuan pernafasan: 377
Berikut pecahan kes baru mengikut negeri:
- Selangor (2,455)
- Kuala Lumpur (760)
- Sarawak (640)
- Johor (587)
- Kelantan (547)
- Kedah (542)
- Pulau Pinang (420)
- Negeri Sembilan (370)
- Perak (264)
- Melaka (230)
- Sabah (229)
- Terengganu (177)
- Pahang (171)
- Labuan (49)
- Putrajaya (29)
- Perlis (8)
Kedah (542) dan Pulau Pinang (420) mencatat rekod baru hari ini. Sejumlah kawasan di Kedah kini berada di bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD).
Kawasan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mencatat 3,244 kes baru, yang sedikit menurun berbanding semalam.
Di Selangor, kira-kira satu daripada enam individu yang diuji positif Covid-19 melaporkan gejala.
Terdapat 21 kes yang dikesan setelah mangsa didiagnosis kerana jangkitan pernafasan akut yang teruk. 49 lagi dikesan setelah menjalani ujian sukarela.
Sehingga malam tadi, R-naught untuk negara berada pada 1.20 untuk hari kedua berturut-turut. R-naught lebih 1.00 menunjukkan bahawa penyebaran Covid-19 semakin pantas.
Pada masa ini, setiap negeri di negara ini memiliki R-naught lebih dari 1.00.
Kematian
Dengan 63 kematian baru yang dikaitkan dengan Covid-19, jumlah keseluruhan korban setakat ini 2,432.
Selangor (24) melaporkan kematian tertinggi diikuti oleh Kuala Lumpur (9), Johor (8), Kedah (8), Perak (5), Melaka (3), Sarawak (2), Negeri Sembilan (2), Sabah (1 ) dan Pahang (1).
Mangsa termuda adalah lelaki berusia 20 tahun di Selangor. Terdapat lapan mangsa yang sudah meninggal ketika dibawa ke hospital.
Kluster
Kementerian Kesihatan kini memantau 593 kluster Covid-19 yang aktif.
22 kluster baru diklasifikasikan hari ini, di mana 13 adalah kluster tempat kerja. Perinciannya adalah seperti berikut:
Kampung Tun Abdul Razak
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Selangor
Daerah: Hulu Selangor
Jumlah yang dijangkiti: 9 daripada 155 disaring
Jalan Bersatu
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Selangor
Daerah: Klang
Jumlah yang dijangkiti: 11 daripada 15 disaring
Meranti Jaya 2
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Selangor
Daerah: Sepang dan Petaling
Jumlah yang dijangkiti: 23 daripada 52 disaring
Jalan Sukma
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Sarawak
Daerah: Kuching dan Samarahan
Jumlah yang dijangkiti: 10 daripada 78 disaring
Jalan Bukit Satu
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Johor
Daerah: Johor Bahru
Jumlah yang dijangkiti: 7 daripada 53 disaring
Jalan Satu Ayer Hitam
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Johor
Daerah: Batu Pahat dan Kluang
Jumlah yang dijangkiti: 13 daripada 153 disaring
Jalan Tengar Industri
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Johor
Daerah: Johor Bahru
Jumlah yang dijangkiti: 8 daripada 117 disaring
Jalan Temenggung Dua
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Johor
Daerah: Johor Bahru
Jumlah yang dijangkiti: 27 daripada 167 disaring
Industri Zon Dagang Satu
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Pulau Pinang
Daerah: Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Barat Daya dan Timur Laut
Jumlah yang dijangkiti: 79 daripada 3,350 disaring
Perusahaan Maju Sepuluh
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Pulau Pinang
Daerah: Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan
Jumlah yang dijangkiti: 25 daripada 46 disaring
Jalan Cassia Selatan Lima
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Pulau Pinang
Daerah: Seberang Perai Selatan dan Timur Laut
Jumlah yang dijangkiti: 39 dari 236 disaring
Jalan IKA
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Perak
Daerah: Larut, Matang dan Selama dan Kuala Kangsar
Jumlah yang dijangkiti: 37 daripada 90 disaring
Industri Kampung Tersang
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Pahang
Daerah: Raub
Jumlah yang dijangkiti: 15 daripada 124 disaring
Kampung Semerah Padi
Kategori: Komuniti
Negeri: Sarawak
Daerah: Kuching dan Asajaya
Jumlah yang dijangkiti: 21 daripada 103 disaring
Bandar Lama Machang
Kategori: Komuniti
Negeri: Kelantan
Daerah: Machang
Jumlah yang dijangkiti: 8 daripada 42 disaring
Kampung Kenjong
Kategori: Komuniti
Negeri: Kelantan
Daerah: Pasir Mas
Jumlah yang dijangkiti: 13 daripada 33 disaring
Sungai Pukul
Kategori: Komuniti
Negeri: Sabah
Daerah: Tawau
Jumlah yang dijangkiti: 18 daripada 73 disaring
Delima Raya
Kategori: Komuniti
Negeri: Pahang
Daerah: Bentong
Jumlah yang dijangkiti: 36 daripada 49 disaring
Kauran Durok
Kategori: Komuniti
Negeri: Sabah
Daerah: Keningau
Jumlah yang dijangkiti: 12 daripada 31 disaring
Lestari Mewah
Kategori: Acara keagamaan
Negeri: Selangor
Daerah: Sepang dan Hulu Langat
Jumlah yang dijangkiti: 11 daripada 49 disaring
Jalan Harmoni Utama
Kategori: Acara keagamaan
Negeri: Johor
Daerah: Johor Bahru
Jumlah yang dijangkiti: 19 daripada 86 disaring
Chat Lipis
Kategori: Acara keagamaan
Negeri: Pahang
Daerah: Lipis
Jumlah yang dijangkiti: 21 daripada 170 disaring
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai