Pasar Moden Seksyen 6 Shah Alam diarah tutup 4 hari
Pasar Moden Seksyen 6, di Shah Alam, Selangor diarahkan tutup selama empat hari bermula hari ini susulan berlakunya kes positif Covid-19 dalam kalangan peniaga di pasar itu.
Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Shahrin Ahmad berkata penutupan pasar berkenaan sehingga Ahad depan adalah sebagai salah langkah pengawalan bagi penularan penyakit dan pengesanan kontak kes positif Covid-19 di pasar tersebut.
"Peniaga, penyewa dan pekerja di pasar berkenaan disaran untuk menjalankan ujian saringan Covid-19 dalam kadar segera dan mengemukakan keputusannya pada MBSA sebelum dibenarkan meneruskan operasi perniagaan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata pihaknya menyarankan mereka untuk melaksanakan ujian saringan di lokasi program saringan Covid-19 percuma kerajaan negeri Selangor atau mana-mana klinik dan pusat perubatan swasta yang mengadakan perkhidmatan saringan.
Tinjauan Bernama di pasar itu mendapati pintu masuk utamanya ditutup dan tempat letak kenderaan juga lengang susulan penutupan operasi premis berkenaan.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai