Skip to main
Logo Malaysiakini

PKPD di 21 mukim di Kuala Terengganu

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di 21 mukim di Kuala Terengganu bermula 30 Mei sehingga 12 Jun depan.

Keputusan itu dibuat susulan penilaian risiko pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan atas nasihat Kementerian Kesihatan.

“Pelaksanaan PKPD (dibuat) untuk menyekat pergerakan dan jangkitan Covid-19 dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut,” kata Menteri Kanan Keselamatan Ismail Sabri Yaakob.

Ismail berkata KKM mendapati berlaku peningkatan kes yang amat ketara sepanjang Mei 2021 (349 kes atau 370 peratus) bagi tempoh dua minggu di semua lokaliti tersebut.

Selain itu, katanya, sebanyak 46 kes positif Covid-19 direkodkan hasil saringan bergejala dan ia dikesan hampir semua mukim dalam daerah Kuala Terengganu.

Mukim-mukum tersebut ialah Manir, Bukit Besar, Pengadang Buluh, Belara, Paloh, Kubang Parit, Serada, Rengas, Chendering, Bandar, Chabang Tiga, Kepong, Gelugur Kedai, Kuala Ibai, Atas Tol, Tok Jamal, Losong, Batu Buruk, Pekan Chabang Tiga, Pulau Pulau dan Gelugur Raja.