Saifuddin harap wartawan terus tabah jalankan tugas
Para wartawan di negara ini diharapkan terus tabah dalam melaksanakan tugas khususnya ketika Malaysia berdepan dengan penularan wabak COVID-19.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata wartawan telah memainkan peranan penting sebagai jambatan maklumat kepada masyarakat.
Sambil berterima kasih kepada para wartawan, Saifuddin turut mengucapkan Selamat Hari Wartawan Nasional kepada semua wartawan di Malaysia.
"Selamat Hari Wartawan Nasional kepada semua wartawan di seluruh negara," katanya menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau.
Bermula pada 2018, tarikh 29 Mei setiap tahun diumum sebagai Hari Wartawan Nasional.
-Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai