Skip to main
Logo Malaysiakini

Vaksinasi AstraZeneca: Waktu janji temu di WTCKL, IDCC esok dijadual semula

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Waktu janji temu bagi penerima vaksin AstraZeneca untuk hari esok, Ahad (30 Mei) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) dan Ideal Convention Center (IDCC) di Shah Alam dijadualkan semula.

Waktu janji temu baru akan dipaparkan di MySejahtera, dan juga laman web vaksinasi Covid-19 kerajaan.

Jawatankuasa Khas mengenai Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) mengatakan bahawa perubahan waktu itu adalah bagi mengelakkan kesesakan.

JKJAV menasihati penerima vaksin AstraZeneca esok untuk datang hanya 30 minit sebelum janji temu mereka.

Terdapat laporan kesesakan di WTCKL hari ini, yang turut berlaku dua minggu lalu.