Skip to main
Logo Malaysiakini

6,999 kes baru, 79 lagi kematian

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat 6,999 kes baru Covid-19 hari ini.

Selangor kekal sebagai negeri dengan kes baru tertinggi dengan 2,477 kes, diikuti Kuala Lumpur (616) dan Kelantan (612).

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah turut memaklumkan sebanyak 79 kematian terbaru direkodkan, menjadikan jumlah korban akibat wabak itu kini mencecah 2,729 orang.

Sementara itu sebanyak 846 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 419 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Jumlah kes yang sembuh juga lebih rendah berbanding kes positif baru iaitu sebanyak 5,121 kes.

Noor Hisham juga memaklumkan 17 lagi kluster baru dikesan, menjadikan jumlah kluster kini sebanyak 635.

Kes kematian terbaru hari ini melibatkan 15 kes di Selangor dan Negeri Sembilan, 13 kes di Kedah, 12 kes di Johor, lima kes di Pulau Pinang, empat kes di Terengganu dan Melaka, masing-masing tiga kes di Kuala Lumpur dan Sarawak, dua kes di Sabah, dan masing-masing satu kes di Labuan, Perak dan Pahang.

Berikut adalah pecahan kes baru mengikut negeri:

  • Selangor - 2,477
  • Kuala Lumpur - 616
  • Kelantan - 612
  • Sarawak - 513
  • Negeri Sembilan - 468
  • Johor - 433
  • Kedah - 422
  • Pulau Pinang - 248
  • Pahang - 239
  • Terengganu - 214
  • Perak - 212
  • Melaka - 202
  • Sabah - 190
  • Labuan - 133
  • Putrajaya - 13
  • Perlis - 7

[Berita lanjut menyusul]