PKP3.0: Abim gesa kerajaan bertindak lebih tegas
Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa pihak berkuasa bertindak dengan lebih tegas dan tidak memberi kelonggaran terhadap kegiatan di luar bidang perkhidmatan perlu.
Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz menyambut baik langkah kerajaan bagi memutuskan rantaian Covid-19 dan berharap ini perintah kawalan pergerakan (PKP) penuh yang terakhir.
"Untuk itu Abim menggesa pihak berkuasa bertindak dengan lebih tegas dengan tidak memberi kelonggaran terhadap kegiatan-kegiatan yang di luar bidang essential services - perkhidmatan perlu yang justifikasi pengoperasiannya telah menimbulkan persoalan.
"Gesaan ini dibuat berdasarkan keluhan serta persoalan diutarakan rakyat yang sedaya upaya menghadkan setiap kegiatan harian mereka untuk mematuhi keperluan penjarakan fizikal dan kebersihan kendiri.
"Ini adalah kelemahan utama yang tidak boleh diulangi pihak berkuasa kerana ia akan mengakibatkan kejatuhan sosio-ekonomi rakyat secara total jika PKP kali ini gagal berperanan seperti yang disasarkan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Malaysia kini berada dalam PKP penuh fasa ketiga selepas menyaksikan peningkatan kes Covid-19 sehingga mencecah 9,000 kes sehari.
PKP 3.0 yang bermula hari ini sehingga 14 Jun dilaksanakan secara berperingkat.
Pelaksanaan PKP3.0 menyaksikan lebih banyak sekatan dikenakan terhadap sektor ekonomi dan sosial.
Dalam pada itu, Abim menegaskan pentingnya aspek tatakelola baik dan ketelusan digabungkan untuk menjaga kebajikan serta kepentingan rakyat.
"Maka, sudah tiba masanya setiap dasar yang dirangka serta keputusan yang dilaksanakan harus bersifat dwipartisan.
"Ini kerana negara ini berada di persimpangan paling yang memerlukan semua pihak khususnya wakil rakyat sama-sama berperanan," katanya.
Oleh itu katanya, keputusan demokratik yang telus termasuk menerusi sidang Parlimen amat perlu bagi memastikan tiada ketirisan serta unsur penyalahgunaan kuasa.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai