Skip to main
Logo Malaysiakini

B40 juga akan dapat moratarium, kata bank

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Persatuan Bank-bank Dalam Malaysia (ABM) menjelaskan bahawa moratorium pinjaman akan merangkumi semua peminjam dari isi rumah berpendapatan B40 yang berdaftar dengan Bantuan Sara Hidup atau Bantuan Prihatin Rakyat.

Penjelasan itu hadir selepas kenyataan awal semalam yang mengatakan moratorium pinjaman hanya untuk mereka yang kehilangan pekerjaan.

Kenyataannya semalam mengatakan akan ada dua kategori pelepasan: (1) Moratorium tiga bulan atau pengurangan pembayaran balik bulanan sebanyak 50 peratus selama enam bulan dan (2) pengurangan pembayaran balik yang setimpal.

Ia mengatakan bahawa kategori pertama adalah untuk mereka yang kehilangan pekerjaan sementara kategori kedua adalah untuk peminjam B40, perusahaan mikro dan juga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang diarah tutup semasa 'total lockdown'.

Namun, dalam penjelasan pagi ini, ABM mengatakan semua kategori di atas boleh memenuhi syarat moratorium pinjaman dalam kategori pertama.

"Kami ingin mengulangi bahawa moratorium selama tiga bulan atau pengurangan ansuran bulanan sebanyak 50 peratus selama enam bulan bukan hanya untuk mereka yang kehilangan pekerjaan," katanya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

ABM menjelaskan bahawa moratorium akan diberikan kepada kategori berikut:

1) PKS yang tidak dibenarkan beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan.

2) Perusahaan mikro yang tidak dibenarkan beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan.

3) Golongan B40 yang merupakan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) atau Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

Sementara itu, Bank Negara Malaysia (BNM), dalam penjelasan berasingan juga mengulangi ketetapan di atas untuk moratorium pinjaman.

 

BNM menjelaskan bahawa pengurangan pembayaran bulanan yang setimpal akan diberikan untuk semua peminjam yang pendapatannya terjejas.

"Bagi semua peminjam yang mengalami penurunan pendapatan (termasuk gaji, elaun, komisen dan pendapatan isi rumah), mereka layak untuk pengurangan ansuran bulanan sesuai dengan pengurangan pendapatan," katanya.

Kenyataan awal ABM semalam: