Perbicaraan 1MDB Najib ditangguh ke 21 Jun
Perbicaraan melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berhadapan dengan pertuduhan rasuah dan pengubahan wang berkaitan dana RM2.3 bilion 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur, ditangguhkan kepada 21 Jun.
Perbicaraan itu asalnya dijadualkan bersambung semalam (1 Jun), namun ditangguh disebabkan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh selama 14 hari yang bermula semalam.
"Perbicaraan akan bersambung pada 21 Jun di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah sekiranya sekatan pergerakan penuh tidak dilanjutkan,” kata timbalan pendakwa raya Ahmad Akram Gharib ketika dihubungi hari ini.
Peguam Najib, Wan Aizuddin Wan Mohammed dijangka meneruskan pemeriksaan balas saksi pendakwaan ke-10, Mohd Hazem Abdul Rahman, 49, yang merupakan bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB, apabila perbicaraan bersambung nanti.
Najib, 67, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan nilai sama.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai