Segera vaksin penghantar makanan, gesa pemimpin Pemuda PH
Beberapa pemimpin Pemuda Pakatan Harapan menggesa supaya meletakkan keutamaan terhadap penghantar makanan dalam program vaksinasi, gesa Pemuda PH Wilayah Pesekutuan.
"(Mereka) semakin bergerak aktif di saat pandemik sedang memuncak terutama di Wilayah Persekutuan apabila bermulanya full lockdown pada 1 Jun 2021.
"Risiko mereka dijangkiti dan menyebarkan virus adalah tinggi kerana di saat sektor lain diarahkan duduk rumah, tetapi mereka masih perlu bekerja.
"(Ini) termasuk menghantar makanan kepada mereka yang dikuarantin di kediaman masing-masing," kata Pemuda PH Wilayah Persekutuan pada satu kenyataan bersama hari ini oleh Ketua AMK Wilayah Persekutuan P Prabakaran, Ketua Pemuda Amanah Wilayah Persekutuan Asmaaliff Abdul Adam dan Ketua Dapsy Wilayah Persekutuan Lee Bing Hong.
Menurut pemimpin Pemuda PH ini penghantar makanan menjadi "pemangkin yang menghidupkan ekonomi."
"Saat sektor lain sedang lumpuh. Meletakkan pelaburan pada sektor ini sebenarnya bakal memberi pulangan besar kepada negara.
"Sektor yang banyak digerakkan oleh anak muda ini wajar diberikan keutamaan vaksinasi, bukan sahaja demi kepentingan imuniti kelompok dan mengekang penularan, tapi juga dalam menggerakkan ekonomi secara mikro dan makro," kata kenyataan itu lagi.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai