Skip to main
Logo Malaysiakini

Percepat vaksin pada media, pekerja p-hailing - Pemuda MCA

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Pemuda MCA menggesa kerajaan mempercepatkan pemberian vaksin Covid-19 kepada petugas media dan kumpulan penghantar makanan dan perkhidmatan perlu.

“Golongan yang terlibat dengan media, sektor pengangkutan dan logistik (terhad kepada penyampaian perkhidmatan perlu) termasuk perkhidmatan penghantaran makanan dan barangan (p-hailing) yang dibenarkan beroperasi, telah memainkan peranan penting untuk manfaat masyarakat.

“Sehubungan itu, kami menyeru supaya mereka ini, termasuk semua backliners yang berkaitan, diberikan vaksin segera agar mereka dapat berkhidmat dengan lebih yakin dan selamat,” kata jurucakap Pemuda MCA Jacob Lee Yee Yuan

Dalam kenyataan hari ini, Lee berkata perkara itu akan membuat orang ramai lebih selesa dan yakin berurusan dengan mereka, terutamanya ketika sekatan pergerakan terbaru yang lebih ketat.