Skip to main
Logo Malaysiakini

6,241 kes baru, Selangor kekal tinggi

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Sebanyak 6,241 kes jangkitan baru Covid-19 dilaporkan hari ini dengan Selangor terus mencatatkan angka jangkitan harian tertinggi.

Kementerian Kesihatan memaklumkan sebanyak 2,178 kes positif baru direkodkan di Selangor diikuti Sarawak (600), Johor (565) dan Negeri Sembilan (556).

Ini menjadikan kes aktif kini adalah 86,628 kes.

Sementara itu angka korban dalam tempoh 24 jam lalu adalah seramai 87 orang, menjadikan jumlah terkumpul setakat ini adalah sebanyak 3,378 kematian.

Seramai 890 pesakit kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 444 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Selain itu sebanyak 30 kluster baru dikesan dengan jumlah kluster aktif kini adalah sebanyak 713 kluster.

Daripada jumlah tersebut, 18 kluster merupakan kluster tempat kerja dengan 10 kluster melibatkan sektor perkilangan. 

KKM juga memaklumkan sebanyak 5,133 pesakit sembuh, namun angka ini adalah lebih rendah berbanding kes baru yang dilapor hari ini.

Pecahan setiap negeri

Selangor - 2,178
Sarawak - 600
Johor - 565
Negeri Sembilan - 556
Kuala Lumpur - 415
Sabah - 305
Pulau Pinang - 271
Kelantan - 270
Melaka - 225
Labuan - 212
Perak - 174
Terengganu - 158
Pahang - 155
Kedah - 125
Putrajaya - 30
Perlis - 2