Skip to main
Logo Malaysiakini

Hadi Awang stabil di IJN, anak mohon doa orang ramai

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Tahap kesihatan Presiden PAS Abdul Hadi Awang berada dalam keadaan stabil dan kini perlu menjalani rawatan susulan dan pemantauan doktor di Institut Jantung Negara (IJN), kata anaknya Muhammad Khalil.

Dia turut memohon orang ramai mendoakan dan mengadakan solat hajat khusus buat Anggota Parlimen Marang itu supaya diberikan kesembuhan segera.

"Beliau kini berada di IJN dalam keadaan yang stabil namun masih perlukan rawatan susulan dan pemantauan oleh doktor.

"Saya turut menerima pertanyaan tentang mesej-mesej yang tersebar, kebanyakannya adalah tidak benar dan ditokok tambah," katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Abdul Hadi pada Pada 16 Feb lalu, dilaporkan dikejarkan ke Hospital Putrajaya setelah mengalami sesak nafas sebelum dirujuk ke IJN.

Dia kemudian dibenarkan keluar dari IJN pada 19 Feb setelah dilaporkan pulih.

Bagaimanapun Abdul Hadi sekali lagi menerima rawatan susulan di IJN pada 28 April lalu.

Sementara itu Muhammad Khalil yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Buruk berkata, dia akan memaklumkan keadaan ayahnya dari semasa ke semasa

"Insya-Allah saya akan maklumkan keadaan Ayahanda Tuan Guru dari masa ke masa. Terima kasih," katanya ringkas.