Skip to main
Logo Malaysiakini

5,566 kes baru, lebih 2,000 di Lembah Klang

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan terdapat 5,566 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak 2,017 kes baru dilaporkan di Lembah Klang.

Bagaimanapun kes harian baru di Lembah Klang adalah lebih rendah dalam tempoh tiga hari lalu berbanding dua minggu sebelumnya.

Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,524 kes, diikuti Sarawak (707),  Negeri Sembilan (505) dan negeri-negeri lain.

Dr Noor Hisham dalam kenyataannya turut memaklumkan seramai 76 pesakit meninggal dunia, menjadikan jumlah kematian kini meningkat kepada 3,536 orang.

Bilangan pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula adalah seramai 903 orang, manakala 458 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu Dr Noor Hisham memaklumkan sebanyak 24 lagi kluster baru dikesan di seluruh negara dengan kluster aktif kini berjumlah 730.

Seramai 6,962 pesakit lagi telah sembuh sepenuhnya, menjadikan jumlah mereka yang pulih daripada wabak berkenaan kini adalah seramai 541,319 orang.

Pecahan setiap negeri

Selangor - 1,524
Sarawak - 707
N Sembilan - 505
Kuala Lumpur - 466 
Johor - 456 
Sabah - 350
Melaka - 314 
Perak - 225
Kelantan - 204 
WP Labuan - 191 
P Pinang - 185 
Pahang - 157
Kedah - 148 
Terengganu - 106
Putrajaya - 27
Perlis - 1