Skip to main
Logo Malaysiakini

Ujian saringan Covid-19 kurang 60,000 minggu lalu

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Jumlah ujian saringan Covid-19 yang dilakukan di negara ini berkurangan pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya, walaupun situasi wabak Covid-19 di negara ini masih belum pulih.

Ia menyebabkan kadar positif daripada saringan meningkat sedikit saja dari 6.89 peratus (23 Mei hingga 29 Mei) kepada 7.28 peratus (30 Mei hingga 5 Jun).

Rumusan ini dibuat berdasarkan data Kementerian Kesihatan berhubung ujian untuk minggu epidemiologi ke-21 dan ke-22 tahun ini.

Ia menunjukkan untuk tempoh 23 hingga 29 Mei, terdapat 774,973 orang yang diambil sampel untuk ujian Covid-19, yang menyaksikan 53,419 orang (6.89 peratus) diuji positif.

Pada minggu berikutnya (minggu lalu: 30 Mei hingga 5 Jun), terdapat 715,223 orang yang diambil sampel untuk ujian Covid-19, yang 52,040 daripadanya diuji positif (7.28 peratus).

Angka itu merupakan pengurangan sebanyak 59,750 ujian walaupun jumlah kes Covid-19 belum menurun.

Angka tersebut merangkumi ujian Covid-19 yang dilakukan makmal swasta dan tempat lain di luar Kementerian Kesihatan.

Terdapat pelbagai pendapat yang antaranya mempersoalkan mengenai berapa banyak ujian yang harus dikira mencukupi. Ada berpendapat bahawa kerajaan harus memastikan kadar positif daripada ujian yang dilakukan di bawah 10 peratus, sementara pakar lain berpendapat ia harus di bawah lima peratus.

Bilangan ujian Covid-19 yang dilakukan setiap hari berubah-ubah - angka itu menurun pada hujung minggu dan cuti umum lalu, kemudian kembali meningkat sepanjang minggu ini.

[Baca berita asal]