Skip to main
Logo Malaysiakini

917 pesakit di ICU, jangkitan baru turun 5,304 kes

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan memaklumkan jumlah jangkitan harian Covid-19 di seluruh negara menurun kepada 5,304 kes hari ini.

Ini merupakan jumlah kedua terendah sejak kes harian baru direkodkan melebihi 5,000 pada 19 Mei lalu.

Kes terbaru ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 setakat ini adalah sebanyak 657,508 kes.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham berkata 64 kematian dilaporkan setakat tengah hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan korban Covid-19 seramai 3,908 orang.

Katanya, seramai 917 pesakit sedang dirawat di ICU dengan 452 memerlukan bantuan pernafasan.

Selangor terus menjadi negeri yang merekodkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 1,973 kes diikuti Sarawak (544) dan Kuala Lumpur (462).

Negeri-negeri lain termasuk Johor (363), Sabah (335), Negeri Sembilan (331), Kedah (301), Pulau Pinang (256), Kelantan (179), Labuan (158), Melaka (145) dan Perak (121), Pahang (78), Terengganu (46), Putrajaya (7) dan Perlis (5).

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata 15 kluster baru dikesan hari ini dengan 11 kluster membabitkan penularan di tempat kerja, manakala tiga kluster komuniti dan satu kluster pendidikan tinggi.

Kluster baru tempat kerja melibatkan Industri Jalan Sijangkang Utama, Industri Sungai Chandong Sembilan dan Industri Jalan Anggerik Mokara (Selangor), PLO Perindustrian 65, Tembikar Jalan Johor dan Kampung Choh (Johor) serta Jalan Agaseh dan Lorong Satu A di Sabah.

Kluster tempat kerja pula Desa Tun Razak 2 (Kuala Lumpur), Industri Jalan Usaha Merlimau (Melaka) dan Industri Jalan Sepuluh di Kelantan.

Kluster komuniti dikesan di Kampung Sebandi Hilir dan Kampung Tabuan Haji Drahman (Sarawak) serta Kebayau (Sabah) manakala kluster pendidikan tinggi iaitu Dah Sintok (Kedah).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan 2,477 kluster dengan 766 kluster aktif manakala jumlah keseluruhan kluster telah tamat ialah 1,711.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.