Persatuan pekilang sambut baik Pikas, saran unit vaksinasi bergerak
Persekutuan Pekilang Malaysia (FMM) menyambut baik pengumuman Program Imuniasasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swarsta (Pikas) oleh kerajaan, dengan lebih 1,200 syarikat di seluruh negara telah menunjukkan minat mereka untuk mengikuti program berkenaan.
Presiden FMM Soh Thian Lai berkata mereka telah menggerakkan rangkaian cawangan mereka di seluruh negara sejak pertengahan Mei 2012 untuk menarik minat syarikat pembuatan turut serta dalam program itu, dan mendapati lebih 1,200 syarikat dengan lebih 180,000 pekerja berminat.
"Sekarang dilancarkan secara rasmi sebagai Pikas, program ini tepat pada masanya untuk sektor pembuatan akhirnya dapat turut serta dalam program imunisasi yang dipercepat," kata Soh dalam satu kenyataan hari ini.
Meski menyarankan anggota FMM memvaksinasi pekerja mereka di pusat vaksinasi Covid-19 (PPV), dia juga meminta penggunaan unit vaksinasi bergerak.
"Unit vaksinasi bergerak dapat ditubuhkan di kawasan industri di mana terdapat kepadatan tinggi PKS (perniagaan kecil dan sederhana) dengan jumlah pekerja yang lebih kecil.
"Atau di kawasan luar bandar di mana pekerja mungkin mengalami kesukaran untuk mendapatkan akses ke pusat vaksinasi," kata Soh.
Dia menambah bahawa langkah itu dapat membantu pekerja PKS untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.
Minggu lalu, kerajaan mengumumkan Fasa 4 Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick) untuk memvaksinasi mereka yang bekerja di sektor ekonomi penting.
Program ini akan memberi pilihan kepada majikan untuk memilih dari dua model, dengan Model 1 akan membolehkan pekerja diberi vaksin di PPV, sementara Model 2 merujuk kepada vaksinasi di lokasi di premis kilang atau lokasi yang diluluskan.
Soh berkata, ahli FMM, terutamanya daripada PKS harus memilih Model 1 kerana kerana kos pengurusannya telah ditetapkan dan penggunaan PPV bagi tujuan itu akan bermula pada 28 Jun.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai