Skip to main
Logo Malaysiakini

5,911 kes baru, lebih 2,000 kes di Selangor

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Terdapat 5,911 jangkitan baru yang dilaporkan setakat tengah hari ini, menjadikan kes kumulatif Covid-19 setakat ini sebanyak 691,115 kes.

KKM juga melaporkan 72 kematian baru, menjadikan angka kematian untuk bulan Jun sahaja kepada 1,552. Jumlah kematian pada bulan Mei adalah 1,289.

Jumlah pesakit pulih mengatasi jangkitan baru, sekali gus mengurangkan jumlah kes aktif.

Kes aktif: 64,523
Pesakit di ICU: 886
Pesakit memerlukan bantuan pernafasan: 441

Kes baru berdasarkan negari

Kes baru hari ini menurun sedikit setelah jangkitan baru kembali ke paras 6,000 untuk pertama kalinya dalam tempoh seminggu, semalam.

Bagaimanapun, kes baru di Selangor tetap meningkat, dengan terbaru 2,111. Ini adalah jumlah jangkitan baru tertinggi di Selangor dalam tempoh lapan hari.

Situasi di Negeri Sembilan juga membimbangkan. Negeri itu mencatatkan 770 kes baru hari ini.

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

  • Selangor - 2,111 (226,455)
  • WPKL - 483 (70,789)
  • Sabah - 201 (67,378)
  • Johor - 498 (67,366)
  • Sarawak - 569 (59,139)
  • Negeri Sembilan - 770 (37,834)
  • Kelantan - 223 (33,319)
  • Pulau Pinang - 167 (32,933)
  • Perak - 245 (24,548)
  • Kedah - 204 (23,110)
  • Melaka - 134 (15,817)
  • Pahang - 56 (11,953)
  • Terengganu - 62 (10,923)
  • WP Labuan - 185 (6,828)
  • WP Putrajaya - 3 (2,153)
  • Perlis - 0 (570)

Kematian

Sebanyak 72 kematian baru dilaporkan hari ini menjadikan angka kematian terkumpul akibat Covid-19 di seluruh negara menjadi 4,348.

Kematian baru dicatatkan di Selangor (23), Kuala Lumpur (15), Negeri Sembilan (7), Pahang (6), Sarawak (5), Johor (5), Labuan (3), Kelantan (2), Pulau Pinang ( 2), Sabah (1), Perak (1), Melaka (1) dan Kedah (1).

Korban termuda adalah seorang wanita berusia 29 tahun.

Korban selebihnya berusia antara 33 dan 90 tahun.

Kluster

Sebanyak 824 daripada 2,604 kluster masih aktif. Ini termasuk 24 kluster baru yang dilaporkan hari ini.

Perincian kluster baru adalah seperti berikut:

Tapak Bina Perdagangan Dana
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Selangor
Daerah: Petaling
Jumlah yang dijangkiti: 324 daripada 482 yang disaring

Jalan Tujuh Selatan Dua
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Selangor
Daerah: Sepang, Hulu Langat, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling
Jumlah yang dijangkiti: 50 dari 530 disaring

Tanjung Bin Dua
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Johor
Daerah: Pontian
Jumlah yang dijangkiti: 46 daripada 926 disaring

Industri Jalan P1 Ayer Keroh
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Melaka
Daerah: Melaka Tengah, Jasin
Jumlah yang dijangkiti: 32 daripada 147 disaring

Jalan Kenyalang
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Johor
Daerah: Johor Bharu
Jumlah yang dijangkiti: 28 daripada 273 disaring

Dah Industri Jabi
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Kedah
Daerah: Kota Setar
Jumlah yang dijangkiti: 26 daripada 48 disaring

Industri Jalan Dua
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Selangor
Daerah: Gombak, Hulu Langat, Petaling
Jumlah yang dijangkiti: 22 dari 212 disaring

Jalan Kempas Lima
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Johor
Daerah: Johor Bahru, Kluang
Jumlah yang dijangkiti: 16 daripada 211 disaring

Tapak Bina Jalan Perumahan Gurney
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Kuala Lumpur
Daerah: Titiwangsa
Jumlah yang dijangkiti: 16 daripada 327 disaring

Industri Alam Jaya 2/1
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Selangor
Daerah: Kuala Selangor, Klang
Jumlah yang dijangkiti: 13 daripada 61 disaring

Jalan Vita Dua
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Selangor
Daerah: Sepang
Jumlah yang dijangkiti: 11 daripada 65 disaring

Selindang
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Pahang
Daerah: Lipis
Jumlah yang dijangkiti: 9 dari 172 disaring

Taman Merbau Utama
Kategori: Komuniti
Negeri: Kelantan
Daerah: Pasir Puteh, Kota Bahru
Jumlah yang dijangkiti: 41 daripada 203 disaring

Kampung Bedal
Kategori: Komuniti
Negeri: Kelantan
Daerah: Kuala Krai
Jumlah yang dijangkiti: 35 daripada 65 disaring

Mongkos 2
Kategori: Komuniti
Negeri: Sarawak
Daerah: Tebedu, Kuching
Jumlah yang dijangkiti: 22 daripada 70 disaring

Jalan Tengah
Kategori: Komuniti
Negeri: Johor
Daerah: Mersing
Jumlah yang dijangkiti: 22 daripada 206 disaring

Sungai Banun
Kategori: Komuniti
Negeri: Sarawak
Daerah: Meradong
Jumlah yang dijangkiti: 20 daripada 86 disaring

Tebakang Dayak
Kategori: Komuniti
Negeri: Sarawak
Daerah: Serian
Jumlah yang dijangkiti: 18 daripada 95 disaring

Taman Damai
Kategori: Komuniti
Negeri: Kelantan
Daerah: Machang, Jeli
Jumlah yang dijangkiti: 6 dari 24 disaring

Tembok Mantin
Kategori: Pusat Tahanan
Negeri: Negeri Sembilan
Daerah: Seremban
Jumlah yang dijangkiti: 101 daripada 215 disaring

Tembok Labuan
Kategori: Pusat Tahanan
Negeri: Labuan
Daerah: Labuan
Jumlah yang dijangkiti: 48 daripada 322 disaring

Tembok Kluang
Kategori: Pusat Tahanan
Negeri: Johor
Daerah: Kluang
Jumlah yang dijangkiti: 28 daripada 152 disaring

Tembok Machang
Kategori: Pusat Tahanan
Negeri: Kelantan
Daerah: Machang
Jumlah yang dijangkiti: 21 daripada 54 disaring

Dah Tiong
Kategori: Kumpulan Berisiko
Negeri: Kedah
Daerah: Kuala Muda
Jumlah yang dijangkiti: 29 daripada 49 disaring

Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.