Skip to main
Logo Malaysiakini

5,293 jangkitan baru, kes kumulatif lebih 696,000

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Sebanyak 5,293 kes baru Covid-19 dilaporkan setakat tengah hari ini, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Ini menjadikan kes keseluruhan setakat ini sebanyak 696,408 kes.

Lembah Klang merangkumi 39.03 peratus (2,063) kes baru hari ini sementara Malaysia Timur merangkumi 18.54 peratus (980 kes).

Seramai 5,941 pesakit lagi sembuh hari ini. Jumlah yang melebihi bilangan kes baru ini sedikit sebanyak mengurangkan bilangan kes aktif.

Berikut maklumat utama wabak Covid-19 hari ini:

  • Pesakit sembuh: 5,941
  • Kes baru: 5,293
  • Jumlah kes aktif: 63,815
  • Pesakit di ICU: 880
  • Pesakit perlu bantuan pernafasan: 454
  • Kematian: 60 (jumlah keseluruhan 4,408)

Kematian

Sebanyak 20 kes kematian hari ini dilaporkan di Selangor, diikuti Johor (12), Negeri Sembilan (11), Labuan (4), Kuala Lumpur (4), Sabah (2), Sarawak (2), Perak (2), Pahang (1), Kedah (1) dan Pulau Pinang (1).

Korban paling muda adalah seorang wanita warga asing berusia 28 tahun yang meninggal dunia di Hospital Kajang. Dia tidak mengidap sebarang penyakit lain.

Untuk maklumat lanjut mengenai kes kematian, layari laman penjejak Covid-19 Malaysiakini.

Kluster

KKM turut memaklumkan terdapat 19 kluster baru yang dikenal pasti hari ini, menjadikan jumlah kluster aktif pada masa ini sebanyak 834 kluster.

Sebanyak 11 kluster baru dalam kategori tempat kerja, diikuti dengan kluster komuniti (5), kumpulan berisiko tinggi (2) dan pusat tahanan (1).



Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.