Skip to main
Logo Malaysiakini

Jumlah terkini kes Covid-19 di Malaysia dan beberapa negara

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Berikut adalah maklumat terkini mengenai Covid-19 di Malaysia dan beberapa negara dunia setakat 10 pagi hari ini.

Data John Hopkins Coronavirus Resource Center menunjukkan terdapat 178,424,674 kes Covid-19 dan3,864,442 kematian.

Sejumlah 2,600,035,128 dos vaksin telah diberikan di seluruh dunia setakat ini.

Amerika Syarikat (AS), India dan Brazil kekal negara teratas dengan jumlah kes positif dan kematian tertinggi, dengan angka korban di AS melebihi 500,000 pada Sabtu. Bagaimanapun, AS, United Kingdom (UK) serta beberapa negara lain melaporkan penurunan dalam kes dan kematian baharu seiring peningkatan jumlah vaksinasi.

Malaysia setakat ini sudah memberikan 5,815,575 dos vaksin dengan 140,573 diberikan pada Sabtu. Sebanyak 4,202,601 penduduk menerima dos pertama manakala 1,612,974 mendapat dos kedua.

Jadual di bawah menunjukkan status beberapa negara ASEAN termasuk Malaysia setakat 20 Jun ketika wabak masih menular dan proses vaksinasi sedang rancak dilaksanakan.

NEGARA

JUMLAH KES DISAHKAN (Kumulatif)

KES BAHARU (setakat 20 Jun)

KEMATIAN

(Kumulatif)

% PENDUDUK LENGKAP DOS VAKSIN (Setakat 20 Jun)

AS 33,541,849 8,520 601,82645.60 %
INDIA 29,881,772 58,226 386,7083.62%
BRAZIL 17,927,928 82,288 501,82511.47%
PERNCIS 5,819,088 2,624 110,90024.53%
TURKI 5,370,299 5,480 49,18517.22%
UK 4,646,067 10,076 128,24046.51%
INDONESIA 1,989,909 13,737 54,6624.51%
FILIPINA 1,359,015 6,944 23,621N/A
MALAYSIA 696, 408 5,293 4,4084.86%
THAILAND 218,131 3,682 1,6292.94%
SINGAPURA 62,414 11 3434.91%
VIETNAM 13,211 423 640.12%

Jumlah itu berdasarkan data WHO, negara ASEAN, Our World in Data dan John Hopkins Coronavirus Resource Center.

- Bernama