Skip to main
Logo Malaysiakini

4,611 kes baru Covid-19, terendah sejak pertengahan Mei

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 4,611 jangkitan baru Covid-19 direkodkan di seluruh negara iaitu angka terendah dicatatkan sejak pertengahan Mei lalu.

Di Selangor jangkitan harian menunjukkan penurunan kepada 1,346 kes berbanding 1,680 kes semalam.

Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 682 kes, Perak (453) dan Negeri Sembilan (437).

Setakat semalam, kadar nilai kebolehjangkitan (R-Naught) di seluruh negara adalah 0.97.

R-Naught di bawah 1.00 menunjukkan penularan Covid-19 semakin perlahan.

Bagaimanapun, Negeri Sembilan masih menunjukkkan R-Naught melebihi 1.00.

Berikut maklumat utama wabak Covid-19 hari ini:

  • Pesakit sembuh: 5,439
  • Kes baru: 4,611
  • Jumlah kes aktif: 62,918
  • Pesakit di ICU: 880
  • Pesakit perlu bantuan pernafasan: 452
  • Kematian: 69 (jumlah keseluruhan 4,477)

Kematian

Sebanyak 69 kes kematian pada hari ini melibatkan 24 kes di Selangor, diikuti Kuala Lumpur (11), Negeri Sembilan (9), Johor (7), Kelantan (4), Labuan (4), Kedah (3), Terengganu (2), Sabah (2), Sarawak (2) dan Melaka (1).

Untuk maklumat lanjut mengenai kes kematian, layari laman penjejak Covid-19 Malaysiakini.

Kluster baru

KKM turut memaklumkan terdapat 22 kluster baru yang dikenal pasti hari ini, menjadikan jumlah kluster aktif pada masa ini sebanyak 844 kluster.

Sebanyak 14 kluster baru dalam kategori tempat kerja, diikuti dengan kluster komuniti (7) dan kumpulan berisiko tinggi (1).