Skip to main
Logo Malaysiakini

Kadar positif lebih 10% di N Sembilan, Lembah Klang, Labuan

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Negeri Sembilan, Lembah Klang dan Labuan mencatatkan kadar positif dua digit daripada ujian Covid-19 yang dijalankan sepanjang 13 hingga 19 Jun.

Jumlah kes harian baru Covid-19 di Negeri Sembilan menyaksikan peningkatan ketara sejak seminggu lalu. Menteri Besar Aminuddin Harun bagaimanapun mengaitkan keadaan itu dengan peningkatan ujian yang dilakukan oleh majikan.

Labuan kini menghadapi penularan varian Delta yang menyebabkan kekangan terhadap sumber hospital.

Di peringkat nasional, kadar positif adalah 6.93 peratus, iaitu 0.3 peratus lebih tinggi daripada minggu sebelumnya.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengesyorkan agar kerajaan mengekalkan kadar positif di bawah 5 peratus untuk memastikan ujian yang mencukupi.

Kadar positif dikeluarkan oleh laporan mingguan Institut Kesihatan negara dan  Kementerian Kesihatan.

Perlu diingatkan jumlah ujian Covid-19 yang dilakukan dalam tempoh ini (minggu 24, 13-19 Jun) turun 10.9 peratus berbanding minggu sebelumnya.

Maklumat penting daripada laporan berkenaan:

  • Kes baru dalam seminggu (38,911) - TURUN 6.5 peratus
  • Kes aktif pada 19 Jun (68,462) - TURUN 16 peratus
  • Kematian dalam seminggu (504) - TURUN 8.9 peratus
  • Purata penggunaan ventilator harian (450) - TURUN 0.9 peratus
  • Purata penggunaan katil ICU (85 peratus) - TURUN 2 peratus
  • Purata penggunaan katil ICU yang digunakan (1,516)
  • Purata kes ICU harian (910) - Naik 0.6 peratus
  • Penggunaan katil hospital berkaitan Covid-19 (7,913) - Naik 5 peratus
  • Kluster tempat kerja (97) - 67.7 peratus daripada 142 kluster baru
  • Tahap Jangkitan Covid-19 komuniti - 4 (Sangat tinggi)
  • Sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 - 12.5 peratus penduduk
  • Vaksinasi penuh - 4.86 peratus penduduk