Skip to main
Logo Malaysiakini

Empat direman berhubung tender RM10 juta agensi penguatkuasa

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Empat pemilik syarikat kejuruteraan marin direman bermula hari ini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu tender pembekalan bagi sebuah agensi penguatkuasa yang dianggarkan bernilai RM10 juta.

Dua daripada mereka direman selama empat hari sehingga 24 Jun manakala dua lagi direman sehingga esok selepas Majistret Shah Wira Abdul Halim membenarkan permohonan SPRM hari ini.

Menurut sumber SPRM, dua lelaki dan dua wanita berusia lingkungan 40 hingga 71 tahun ditahan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada kira-kira pukul 9 dan 10 malam semalam.

Mereka dipercayai memberi rasuah kepada pegawai agensi penguatkuasa itu sebagai balasan membantu syarikat terbabit mendapatkan kerja perbekalan, perkhidmatan dan penyelenggaraan berkaitan marin sejak 2018 hingga 2021.

- Bernama