Aktivis Aiman Hakim ditahan polis lepas beri keterangan
Aktivis Aiman Hakim hari ini ditahan polis selepas dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di Kuala Lumpur.
Peguamnya, Rajsurian Pillai mengesahkan penahanan itu ketika dihubungi Malaysiakini.
"Dia ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
"Dia akan dibawa bagi permohonan reman pada 23 Jun (esok) di IPD Dang Wang," katanya.
Difahamkan, Aiman ditahan berhubung akaun Twitter bernama Cino@aimanhkim.
Terdahulu, dia bersama peguamnya dipanggil ke IPD Dang Wangi 10 pagi ini untuk membantu siasatan berhubung ciapan di Twitter.
"Dia ditahan pukul 1 petang selepas selesai memberi keterangan.
"Polis turut rampas telefon pintar miliknya," tambah Rajsurian.
Pihak IPD Dang Wangi ketika dihubungi turut mengesahkan penahanan Aiman.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai