Skip to main
Logo Malaysiakini

PGA Kelantan rampas dadah RM10,723 dalam mesin basuh lama

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Sejumlah wang tunai serta dadah jenis heroin dan syabu dianggarkan bernilai RM10,723 berjaya dirampas Pasukan Batalion 7 Gerakan Am (PGA7) di dalam mesin basuh lama di sebuah rumah di Kampung Banggol Petai, Bukit Tuku, Pasir Mas, Kelantan, semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7), Superintendan Azhari Nusi berkata, pihaknya menangkap dua lelaki berumur 30 tahun dipercayai tuan rumah dan seorang lelaki berumur 27 tahun yang berada di hadapan rumah.

Setelah itu, pemeriksaan badan dijalankan tetapi tidak menjumpai apa-apa barang salah dan seterusnya membawa kepada penangkapan tiga orang perempuan berusia 16, 21 dan 50 tahun di dalam rumah di bahagian ruang tamu lalu menahan mereka di situ

“Selepas itu, anggota bersama saksi-saksi polis telah dibawa ke belakang rumah dan telah menjalankan pemeriksaan lanjut di dalam sebuah mesin basuh lama dan hasil pemeriksaan di dalam mesin basuh tersebut telah ditemukan wang tunai RM1,460, heroin sebanyak 12.82 gram bernilai RM641 serta syabu seberat 86.22 gram bernilai RM8,622,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Azhar berkata, pihaknya menahan kesemuanya kelima-lima suspek dan merampas kesemua barang kes serta wang tunai dan di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas IPD Pasir Mas Kelantan untuk tujuan laporan polis dan siasatan lanjut.

“Kes berkenaan disiasat bawah Seksyen 39B, 39A(2), 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.