Skip to main
Logo Malaysiakini

Majistret tolak lanjut reman aktivis Aiman Hakim

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Aktivis Aiman Hakim Zainal Ariffin ditahan polis semalam bagi membantu siasatan berhubung satu ciapan Twitter dibebaskan hari ini dengan jaminan polis.

Peguamnya Rajsurian Pillai and R Morhaneraj mengesahkan perkara ini kepada Malaysiakini.

"Majistret Nur Aslamiah Jamil hanya memberi reman satu hari bagi urusan mengambil cap jari dan gambar yang memerlukan lebih kurang 10 minit sahaja.

"Aiman telah pun memberi keterangan semalam. Dan kata laluan telefon pintar yang dirampas sudah pun diberi.

"Maka, permohonan polis reman selama empat hari ditolak oleh majistret. Ini bermakna, Aiman dibebaskan hari ini," katanya.

Untuk rekod, Aiman ditahan polis semalam selepas dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di Kuala Lumpur berhubung ciapan di Twitter Cino@aimanhkim.

Sebelum ini, dia ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.