K’jaan perlu laksana pakej bantuan besar-besaran - Abim
Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa kerajaan mengambil tanggungjawab atas kesusahan hidup rakyat semasa perintah kawalan pergerakan (PKP)3.0.
Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, pihaknya menggariskan tiga gesaan kepada kerajaan untuk membantu rakyat, antaranya pakej besar-besaran meliputi B40 serta M40.
“Pakej itu termasuk dengan moratorium pinjaman automatik yang harus dilaksanakan sama seperti PKP1.0,” kata Faisal.
“Selain itu, pihak kerajaan harus berusaha mencari alternatif atas kegagalan yang berlaku secepatnya termasuk kegagalan untuk mendapat bekalan vaksin yang mencukupi untuk memastikan kesengsaraan hidup rakyat ini tidak terlalu berpanjangan.”
Pada 17 Mac, kerajaan mengumumkan peruntukan program vaksinisasi sejumlah RM5 billion meliputi setiap aspek pelaksanaannya termasuk pembelian vaksin.
Sementara itu, dalam kenyataan hari ini, Abim juga menegaskan kerajaan harus mengkaji semula perancangan yang dibentangkan dengan penglibatan bersama semua pihak.
“Ini kerana, memandangkan situasi semasa terutama berasaskan jumlah angka kes Covid-19 yang masih mencanak dikhuatiri gagal menemukan hasil dari perancangan yang dikemukakan kerajaan.
“Ini termasuklah kajian semula terhadap SOP yang tidak jelas dalam aspek penguatkuasaan PKP3.0,” jelasnya lagi.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai