Skip to main
Logo Malaysiakini

Tengku Zafrul janji selesaikan masalah dihadapi doktor pelatih

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kerajaan bersetuju untuk menyegerakan penyelesaian bagi masalah dihadapi pegawai perubatak kontak, kata Tengku Zafrul Abdul Aziz hari ini.

Janji itu dibuat menteri kewangan selepas beberapa doktor menyarankan agar mereka mengadakan mogok mulai 1 Julai ini.

Bahagian Hal Ehwal Pelatih, Pegawai Perubatan dan Pakar Perubatan (Schomos) Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) berkata persetujuan diberikan kerajaan itu dicapai selepas mereka mengadakan pertemuan hari ini.

"Kami membincangkan pelbagai isu dihadapi doktor pelatih, pegawai perubatan dan doktor pakar dan belum diselesaikan walaupun perbincangan mengenainya sudah berlangsung bertahun-tahun.

"YB (Tengku Zafrul) setuju menyegerakan penyelesaian dan melihat kertas kerja sekarang," kata Schomos melalui hantaran di Facebook mereka hari ini.

Tambah Schomos pertemuan tersebut dibuat ekoran surat terbuka dikeluarkan MMA kepada semua ahli parlimen pada 23 Jun lalu. 

Surat tersebut membangkitkan isu dihadapi doktor muda yang berkhidmat secara kontrak seperti jaminan pekerjaan dan peluang untuk mengembangkan kerjaya.

Menurut mereka berlaku kekurangan sumber daya manusia yang serius dalam sistem penjagaan kesihatan awam selama bertahun-tahun yang dibuktikan oleh kelesuan melampau dialami pekerja penjagaan kesihatan terutama semasa pandemik Covid-19.

Mengenai seruan untuk mogok yang semakin meningkat, Schomos berkata mereka dan MMA tidak akan mengizinkannya kerana kewujudan wabak Covid-19 sekarang.

Sebaliknya mereka merancang untuk mengadakan hari solidariti buat doktor pelatih dan menganjurkan sesi dialog awam agar keluhan mereka didengari.

[Baca berita penuh]