Skip to main
Logo Malaysiakini

Kes baru lebih 5,000 untuk enam hari berturut-turut

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Sebanyak 5,218 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan hari keenam berturut-turut kes harian melebihi angka 5,000.

Jumlah kes di Selangor turut berada bawah 2,000 kes buat kali pertama dalam tempoh sama.

Bagaimanapun ia masih mencatat kes harian tertinggi berbanding negeri dan wilayah lain.

Jumlah jangkitan di Negeri Sembilan (629 kes) mencatatkan angka kedua tertinggi dan mengatasi Kuala Lumpur (469 kes).

Selangor (1,989)
Negeri Sembilan (629)
Kuala Lumpur (469)
Sarawak (409)
Perak (400)
Sabah (258)
Johor (243)
Kedah (194)
Melaka (183)
Pahang (111)
Labuan (108)
Kelantan (101)
Pulau Pinang (88)
Terengganu (23)
Putrajaya (8)
Perlis (5)