Jumlah terkini kes Covid-19 di Malaysia dan beberapa negara
Berikut adalah maklumat terkini mengenai Covid-19 di Malaysia dan beberapa negara dunia setakat 10 pagi hari ini.
Data John Hopkins Coronavirus Resource Center menunjukkan terdapat 181,372,836 kes Covid-19 dan 3,928,377 kematian.
Sejumlah 2,952,166,725 dos vaksin telah diberikan di seluruh dunia setakat ini.
Amerika Syarikat (AS), India dan Brazil kekal negara teratas dengan jumlah kes positif dan kematian tertinggi. Bagaimanapun, AS, United Kingdom (UK) serta beberapa negara lain melaporkan penurunan dalam kes dan kematian baharu seiring peningkatan jumlah vaksinasi.
Indonesia kini mencatatkan peningkatan kes baharu dan berusaha meningkatkan program vaksinasi.
Pada 28 Jun, Malaysia menyaksikan 7,593,179 dos vaksin telah disuntik, daripada jumlah itu sebanyak 197,274 dos diberikan pada tarikh berkenaan. Sebanyak 5,463,128 orang menerima dos pertama dan 2,130,051 sudah disuntik dos kedua.
Jadual di bawah menunjukkan status beberapa negara ASEAN termasuk Malaysia setakat 10 pagi, 29 Jun ketika wabak masih menular dan proses vaksinasi sedang rancak dilaksanakan.
NEGARA | JUMLAH KES DISAHKAN (Kumulatif) | KES BAHARU | KEMATIAN (Kumulatif) | % PENDUDUK LENGKAP DOS VAKSIN |
AS | 33,640,057 | 3,920 | 604,114 | 46.85 % |
INDIA | 30,279,331 | 46,148 | 396,730 | 4.03% |
BRAZIL | 18,448,402 | 33,704 | 514,092 | 12.13% |
PERANCIS | 5,832,481 | 1,578 | 111,174 | 29.05% |
TURKI | 5,414,310 | 4,883 | 49,634 | 17.88% |
UK | 4,771,289 | 14,633 | 128,367 | 48.57% |
INDONESIA | 2,135,998 | 21,342 | 57,561 | 4.85% |
FILIPINA | 1,403,588 | 6,081 | 24,456 | 2.34% |
MALAYSIA | 739,266 | 5,218 | 5,001 | 6.33% |
THAILAND | 249,853 | 3,995 | 1,934 | 3.66% |
SINGAPURA | 62,553 | 14 | 36 | 36.07% |
VIETNAM | 16,041 | 415 | 76 | 0.16% |
Jumlah itu berdasarkan data WHO, negara ASEAN, Our World in Data dan John Hopkins Coronavirus Resource Center.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai